Thursday 8 March 2018

Setiap sekolah yang mempunyai kantin, dikehendaki menubuhkan Jawatankuasa Kantin yang di anggotai oleh wakil- wakil guru, staf sokongan da nmurid. Saiz keahlian serta kekerapan mesyuarat ditentukan oleh jawatan kuasa ini.


Jawatankuasa kantin adalah terdiri daripada:

Pengerusi                         : Pengetua atau Guru Besar

NaibPengerusi                 : Guru Penolong (HEM)

Setiausaha                       : Guru Kantin

AhliJawatankuasa           : Penolong Kanan Pentadbiran
PenolongKananKokurikulum
PenyeliaPetang
Wakil Guru
Wakil PIBG (ibubapa)
Wakil Lembaga Pengurus Sekolah                                                                
Wakil Kakitangan Sokongan
Wakil Murid


Peranan Jawatankuasai ini :

1.     Membantu Pengetua atau Guru Besar dalam usaha membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian berkaitan dengan pengurusan kantin.
2.    Menerima dan menyampaikan maklum balas dan cadangan dari pada pihak murid, guru, staf sokongan, ibubapa kepada Pengetua atau Guru Besar tentang pengurusan kantin.
3.    Menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti pendidikan dan kempen yang berkaitan dengan kantin.
4.    Memastikan pelaksanaan Program Kendiri Kantin Sekolah dilaksanakan dengan baik.


Tanggungjawab Pengetua atau Guru Besar.

Pengetua atau Guru Besar bertanggungjawab untuk memastikan:

1.     Kantin sentiasa selamat, bersih dan ceria
2.    Semua kemudahan di kantin sentiasa bersih, selamat dan berfungsi
3.    Peraturan-peraturan yang disediakan dipatuhi
4.    Setiap kes yang disyaki keracunan makanan hendaklah diambil tindakan segera dengan menghantar murid yang terlibat untuk menerima rawatan dan melaporkan serta merta kepada pihak-pihak berwajib mengikut peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.
5.    Kandungan buku Panduan Pengurusan Kantin sekolah sihat hendaklah dipatuhi.
6.    Pengusaha kantin hendaklah menyediakan makanan bermasak di kantin.
7.    Pengusaha kantin mengambilkira kepentingan agama pelanggan apabila menyedia serta menyimpan makanan dan minuman.
8.    Pengusaha kantin menyedia serta menjual makanan dan minuman yang halal.
(Silarujuk Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1981 bertarikh 9 Februari 1981)
9.    Pengusaha kantin tidak memelihara atau membiarkan haiwan berkeliaran di kawasan kantin sekolah. 10.  Pengusaha kantin menjual makanan mengikut senarai barang-barang makanan dan minuman yang terdapat dalam sebut harga.
11.  Pengusaha kantin mempunyai lesen perniagaan yang sah.


Tanggungjawab Jawatankuasa Kantin Sekolah.

Jawatankuasa Kantin Sekolah bertanggungjawab membantu Pengetua atau Guru Besar dalam usaha menyelia kantin dan memastikan:

1.     Kebeersihan kemudahan, alat kelengkapan dan kawasan persekitaran kantin
2.    Kebersihan, mutu, khasiat dan keselamatan makanan dan minuman yang dijual
3.    Harga berdasarkan perjanjian
4.    Keselamatan di kantinsekolah
5.    Kesopanan, Kebersihan dan kesihatan penngendalian makanan
6.    Menyedikan laporan harian kantin dan Program Kendiri Kantin Sekolah
7.    Murid sentiasa berdisiplin, bersopan santun dan mengamalkan budi pekerti yang baik semasa berada di kantin
8.    Makanan dan minuman yang dijual mencukupi
9.    Kantin dikendalikan dengan cekap dan efisien


No comments:

Post a Comment