Thursday 8 March 2018


KANTIN bermaksud bermaksud tempat untuk menjual makanan dan minuman dan tempat makan dan minum di pejabat atau sekolah. Kantin sekolah memberikan peluang untuk mengembangkan tingkah laku dan kebiasaan positif dalam kalangan pelajar. Hal-hal berikut dapat diambilkira oleh pengurusan sekolah untuk memperbaiki persekitaran kantin sekolah:
1.     menentukan prosedur untuk menutup dan membuka kantin atau apabila pelajar memasuki dan meninggalkan kantin.

2.     Memperhatikan semua tingkah laku pelajar dalam kantin.

3.     Menyusun suatu aturan pembayaran yang tidak merugikan kantin.

4.     Membuat susunan tempat duduk yang sesuai.

5.     Menentukan peraturan bagi membentuk tatasusila pelajar di meja makan.

6.     Mengatur dekorasi dan informasi,  seperti: lukisan, poster-poster kesihatan.

7.     Mengatur pelajar yang makan dengan membawa makanan sendiri, menyusun prosedur, pengembalian peralatan atau tempat makanan dan pada saat meninggalkan ruangan makan.

Dengan demikian, kewujudan kantin di sekolah tidak hanya sekadar untuk memenuhi keperluan makan dan minum warga sekolah semata-mata, namun dapat dijadikan sebagai ruang untuk mendidik warga sekolah tentang kesihatan, kebersihan, kejujuran , saling menghargai, disiplin dan nilai-nilai lain. Di sinilah kepentingan pengurusan kantin sekolah sebagai salah satu aspek pengurusan sekolah.



1 comment: